
Sulit
3 tahun
Badan rasa lesu selepas dose ke 2 (SINOVAC)
Hai Doc,
Saya baru completed my 2nd dose pd 7/8/21. Dlm tempoh mase 2 minggu ne saya kerap sakit kepala, rasa lesu, sengal2 sendi & tekak. Adakah ini common side effects daripada vaccination?. Bile compare dgn symptom CV19 macam sama cuma x demam je

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami ingin mengucapkan tahniah atas vaksinasi anda.
Mengikut penerangan anda, simptom-simptom yang dialami oleh anda adalah konsisten dengan kesan sampingan vaksin. Vaksin tersebut akan mengambil masa beberapa minggu untuk memberi imuniti terhadap penyakit covid. Oleh itu, ia boleh menyebabkan gejala yang anda alami.
Selepas menerima vaksin COVID-19, anda harus melaporkan diri kepada doktor jika anda mengalami kesan sampingan vaksin seperti:
- Sukar untuk bernafas
- Jantung berdegup laju
- Bahagian suntikan menjadi bengkak
- Bengkak pada muka, bibir atau tekak
- Pembentukan ruam di seluruh badan
- Rasa pening
Walaubagaimanpun, jiak gejala anda berterusan anda boleh mengambil PCR test untuk kepastian anda. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini