
Sulit
5 tahun
Badan rasa panas dan sakit tekak
saya wanita berumur 23 thn hri ini saya byk bekerja dbwah mthari yg pnas dn terik brada d luar bgunan sblm saya msk bekerja sya ada mngam mngambil suhu dan ok 36 celsius tpi sya rasa bdan saya pnas slepas hbis kerja dgan rasa tekak yg sakit apa pandangan doktor??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang gejala panas badan yang anda alami. Sebetulnya keluhan anda bahawa panas adalah subjektif kerana suhu tubuh harus diukur menggunakan termometer. Suhu tubuh melebih 37.5 boleh dikatakan demam. Antara punca badan panas ialah:
- hormon tiroid berlebihan
- sindrom premenstrual
- obesiti
- menopause
- cuaca panas
Sakit tekak anda mungkin disebabkan:
- dehidrasi
- cuaca panas
- radang tonsil
- radang pharynx
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.