ennieahmadin
5 tahun
Badan rasa panas tetapi tidak demam
Saya berumur 34 tahun… Saya rasa badan saya panas… Bila saya sentuh dahi dan leher saya rasa panas… Tapi bila saya cek tempreture saya tak demam 36.2-36.3°c… Tapi saya rasa kurang selesa disebabkan badan saya rasa panas… Saya tak batuk, tak selesema, tak sakit tekak… Saya takda contact dgn mana² ahli tabligh yang terlibat dengan ijtima dan juga orang² yang baru balik dari luar negara… Saya nak tahu adakah ini salah satu simtom covid ataupun disebabkan cuaca yang panas?? Dan apa yang patut saya lakukan?? Terima kasih…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Menurut laporan WHO, berikut merupakan gejala lazim bagi jangkitan coronavirus ini:
Demam (lebih dari 37.5 celcius)
Batuk
Sesak nafas
Sakit badan
Sekiranya bacaan suhu menunjukkan normal, maka anda tidak demam. Anda merasakan dahi dan leher panas mungkin disebabkan perbezaan suhu diantara mereka serta tangan yang anda gunakkan untuk memeriksa.
Untuk mengetahui langkah yang seharusnya diambil, anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh
Selain itu, amalkan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































