
Sulit
4 tahun
Badan rasa panas tp suhu bawah 37
Saya umur 24tahun. Lebih daripada seminggu banyak kali rase demam kemudian berpeluh kebah tapi suhu sentiasa kurang daripada 37. Cek darah tiada denggi tiada bakteria. Start rasa demam then dalam kedua-dua rongga hidung saya ada selaputi dengan darah tapi bukan nose bleeding yang keluar darah yang banyak tu. Darah berkerak dalam hidung then dia tukar jadi kudis. Dalam seminggu lebih rasa demam tu, saya ada 2 kali letih, mengah dan sesak nafas seketika ketika berjalan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, masaslah perasaan demam dan gejala hidung mempunyai darah beku mungkin boleh berkait antara satu sama lain ataupun tidak. Namun, gejala hidung berdarah beku tersebut menandakan bahawa terdapat sedikit pendarahan yang tengah berlaku pada ruangan hidung anda. Gejala ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara yang berkait dengan masalah demam iaitu:
- Tekanan darah tinggi
- Alahan yang teruk pada hidung atau sinus
- Penggunaan sesetengah ubat seperti ubat anti keradangan
- Jangkitan bakteria yang teruk
- Cuaca atau persekitaran yang kering
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Terdapat juga kemungkinan besar bahawa masalah anda ini dipengaruhi oleh faktor cuaca dan persekitaran kerana ini menjelaskan bahawa gejala demam anda tetapi mempunyai suhu yang normal. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berada di kawasan yang lebih lembap serta bersih daripada sebarang alahan bagi memastikan gejala ini tidak berlaku lagi. Sekiranya ia masih berlaku, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.