
Sulit
4 tahun
Badan rasa sejuk pada suhu normal
Saya berumur 24 tahun dapati badan sy kerap rasa sejuk tapi tak demam pon bila tanya org lain takdelah rasa sejuk mcm sy ni. Adakah ini normal ya? Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat(contohnya: tempoh masa mengalami masa, adakah disertai dengan berpeluh)
Secara umumnya,demam boleh menyebabkan badan rasa sejuk, walaupun hanya satu atau dua darjah suhu badan ditingkatkan ia boleh menghentikan keupayaan virus untuk berkembang. Apabila otak meningkatkan titik set suhu badan, badan berusaha untuk memenuhi suhu yang lebih tinggi. Anda berasa sejuk kerana secara teknikal, anda lebih sejuk daripada titik set badan anda yang baru.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.
Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!