
Sulit
5 tahun
Badan rasa tidak bermaya
saya seorang lelaki 32th,selama sebulan ini kaki dan tangan berasa lengguh,kulit tangan dan kaki bertompok2 putih sekijap ada sekijap tiada…saya sudah merujuk masalah ini di hospital dan diberi ubat saraf tetapi tiada perubahan…masalah apakah yg saya hadapi doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, terdapat pelbagai sebab kepada masalah yang anda hadapi. Antaranya:
- kurang sel darah merah
- kurang kandungan gula dalam darah
- kencing manis
- radang sendi
- fibromyalgia
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.