
Sulit
4 tahun
Badan saya sentiasa rasa dingin/sejuk sedangkan orang lain di dalam rumah berpeluh kepanasan
Female 36. Doktor, kenapa saya sentiasa merasa kesejukkan ya? Orang rumah semua berpeluh malah steady sahaja. Cuaca tak la sesejuk mana. Tapi kalau waktu hujan saya yang terpaksa mandi air panas untuk menghangatkan tubuh. Kalau saya dalam aircond, tapak tangan saya boleh jadi kuning pucat. Hairan saya. Orang lain tidak pula. Kenapa ya Doktor? Rasa dingin betul sejuk ke tulang tapi tak pula demam.
Betul, saya memang ada history anemia dulu tiap tahun check darah memang result anemic. Only last year and this year saya tak pergi check-up sebab situasi sekarang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai perkara yang memungkinkan masalah ini berlaku , antaranya ialah:
- penurunanan berat badan
- penyakit reynaud
- hipotiroid
- anemia
- kurang tidur
Namun, sekiranya anda mempunyai gejala lain seperti selesema, demam dan sakit tekak, sebaiknya anda berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan adalah diperlukan.
Untuk info tambahan, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih