
desirehd416077
3 tahun
Badan sejuk tetapi berpeluh,
Saya lelaki berumur 31tahun, sejak 3hari lepas badan saya mula mengalami masalah peluh sejuk dimana badan saya dalam keadaan suhu yang rendah tetapi badan saya berpeluh. Ketika tidur badan saya dalam keadaan normal then berpeluh setelah berpeluh pergelangan kedua-dua tangan saya mulai sejuk… saya juga mengalami kesukaran utk tidur malam. Bagaimana cara utk saya atasi masalah ini? Terima kasih doktor.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Cuaca panas
- Hiperhidrosis
- Demam yang menyebabkan peluh
- Masalah tiroid
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.