Sulit
4 tahun
Badan selalu kebas hingga ke kepala
Assalamualaikum dan salam sejahterah …dokter , sbelum² nie saya ndak pernah rasa seperti apa yg saya lalui dari kemarin . Jantung berdegut dengan laju secara tiba² dan trus pandai perlahan … kejang 1 badan hingga ke kepala …dan susah bernafas (sesak nafas )…boleh kaaa saya tahu apa pentebab² dan kesan² penyakit trsebut …?
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda sebutkan boleh disebabkan:
- Masalah ritma jantung seperti “atrial fibrillation”
- Penyakit keresahan
- Penyakit hormon seperti hipertiroid atau “phaechromocytoma”
- Asma atau COPD (penyakit paru-paru sempit)
- Anemia - badan kurang sel darah merah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link di bawah ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!