
Sulit
3 tahun
Badan terasa lemah dan lesu beserta terasa seperti ingin tumbang
Saya wanita 27 tahun…saya mengalami masalah badan terasa lemah dan tidak bermaya.saya juga mengalami masalah penglihatan yang agak kabur pada masa tertentu.saya juga dapat merasakan detak jantung saya kuat secara tiba²…apabila saya baring saya mendapati rasa seperti terumbang ambing seperti di atas boat.mata saya juga kadang² menjadi seperti kamera untuk fokus pada sesuatu.saya telah melakukan ujian darah pada 2 bulan lepas.result saya baik cuma kolestrol 5.8 agak tinggi.selain itu result saya normal.saya juga telah pergi berjumpa doktor mengadu mengenai masalah yang saya hadapi.doktor kata mungkin saya terkena vertigo.doktor bagi ubat vertigo dan ubat telinga.namun begitu sehingga saat ini hampir 8 bulan masalah yang saya hadapi tidak selesai.saya juga hampir setiap bulan masuk emergency kerana saya berasa cemas dengan keadaan saya ini.adakah saya perlu buat ct scan pada kepala saya.saya risau jika ada pendarahan atau tumor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Labyrinthitis - Jangkitan telinga bahagian dalam boleh memberi kesan kepada pendengaran dan keseimbangan badan, dan boleh menyebabkan pitam dan pening kepala yang teruk yang dipanggil vertigo.
- Migrain - pening dan pitam boleh berlaku sebelum atau selepas sakit kepala mahupun tanpa kesakitan kepala.
- Tekanan perasaan atau kerisauan - terutamanya jika anda cenderung untuk ‘hyperventilate’ (bernafas dengan cepat dan pendek).
- Paras gula dalam darah rendah (hipoglisemia) - yang biasanya terjadi kepada pesakit kencing manis yang mengambil ubat insulin.
- Hipotensi postural - Penurunan tekanan darah secara tiba-tiba apabila anda menukar posisi duduk atau berdiri tetapi akan kembali seperti biasa selepas berbaring. Keadaan ini lebih biasa berlaku kepada golongan orang tua atau kesan sampingan ubat-ubatan.
- Dehidrasi atau ‘heat exhaustion’ dehidrasi mungkin disebabkan kekurangan air semasa bersenam, atau penyakit yang menyebabkan muntah, cirit-birit atau demam.
- ‘Vertebrobasilar insufficiency’ - Keadaan ini dikaitkan dengan aliran darah yang berkurangan di belakang otak, yang mungkin disebabkan oleh saluran darah yang menghala ke otak telah tersumbat (dikenali sebagai aterosklerosis).
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.