Anonymous
6 tahun
Badan terasa lemah dan sakit dada menyucuk
Saya lelaki berumur 38 tahun. Mempunyai berat badan 103 kg dan tinggi 169cm. Ade masalah kolesterol tinggi dan fatty liver. Mempunyai masalah gastrik, gerd dan kembung perut. Beberapa hari ni sy selalu rs pening dan tidak boleh seimbangkan badan, lepas tu terasa kaki semacam lemah. Dada terasa menyucuk dan sakit. Adekah masalah saya ini disebabkan sakit jantung?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Bagi masalah pening dan tidak boleh seimbangkan bada kami perlu mengetahui maklumat lanjut tentang ini:
- adakah anda rasa seperti kawasan sekitar anda berpusing?
- adakah rasa pening berlaku semasa anda berdiri secara tiba tiba/melakukan sebarang aktiviti tiba tiba?
- adakah anda mengalami simptom lain(sakit kepala,sakit telinga, telinga berdesing)
Secara umumnya,antara punca yang boleh menyebabkan pening adalah:
- vertigo
- anemia (kurang darah merah)
- jangkitan kuman/masalah di dalam telinga
- orthostatic hypotension
- pengambilan ubat tertentu
Sakit dada yang disebabkan oleh masalah jantung ialah:
- rasa sakit dada bahagian kiri atau tengah dada yang menular ke bahu, lengan kiri, leher, dagu dan belakang badan
- sesak nafas
- keletihan
- badan berpeluh
- kadangkala terasa loya
- jantung berdebar
Namun sakit dada anda ini boleh disebabkan juga oleh masalah GERD. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan segera.
ANda juga boleh bercakap dengan doktor kami. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































