
Sulit
4 tahun
Badan terasa panas seperti demam, tidak batuk dn selesma
Hello, saya nak tnya badan saya terasa panas namun apabila saya check temperature badan saya ia menunjukkan suhu normal 36 C, saya tdk batuk dan selesema. Namun rasa panas badan saya on off, ada hari badan terasa panas ada hari yg tdk.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah badan panas juga boleh disebabkan oleh:
- sindrom premenstrual
- kehamilan
- masalah hormon tiroid berlebihan
- menopaus
- cuaca panas
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.