
Sulit
4 tahun
Badan terasa penat dan mengantuk
Saya sudah mengambil pil postinor semalam، dua biji sekaligus kerana pihak farmasi berkata boleh juga untuk telan sekaligus. Saya bersetubuh bersama suami saya pada harinkelmarin dan pada hari semalam saya mengambil prostinor kerana saya lupa untuk mengambil pil perancang ketika bersetubuh bersama suami. Saya tidak bersedia u tuk hamil. Dan selepas saya makan ubat prostinor mood saya berubah, saya rasa penat dan saya tidur. Pada hari ini saya masih ragu ragu adakah pil itu berkesan terhdapa saya? Ataupun saya perlu mengambil pil Ella?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah badan yang terasa penat, sentiasa mengantuk dan juga perubahan emosi. Untuk makluman anda, pil perancang Postinor mempunyai dua jenis iaitu postinor dan postinor 2.
Pil ‘postinor’ perlu di ambil hanya 1 pil setiap seblum 72 jam atau seawalnya sebelum melakukan hubungan seks bagi mendapatkan keberkesanan yang maksima. Manakala bagi pil postinor 2, pil tersebut harus di ambil sebanyak 2 biji iaitu 1 biji setiap 12 jam sebelum 24 jam melakukan hubungan intim.
Apa yang anda alami mungkin adalah kesan sampingan sekiranya mengambil 2 biji ubat tersebut serentak ataupun mungkin disebabkan oleh tindak balas badan anda terhadap pengambilan pil tersebut bagi yang pertama kalinya.
Antara kesan-kesan sampingan pil perancang postinor ialah:
- Muntah dan loya
- Keletihan
- Pening kepala
- Cirit-birit
- Sakit payu dara
- Haid tidak teratur atau pendarahan yang tidak berkait dengan kitaran haid
- Sakit kepala.
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda mengenai penggunaan pil perancang ini bagi memastikan kesan sampingan tersebut tidak berpanjangan dan juga tidak menjejaskan kesihatan umum anda. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.