
mkamarulzamanm
5 tahun
Badan terasa ringan dan tidak oening kepala
Saya remaja berumur 23 tahun … saya ingin bertanya doktor kenapa tubuh seperti ringan saya berjalan seperti mahu pingsan badan saya bergetar tetapi saya tidak pening kepala saya tidak muntah sya tidak sakit apa2 cuma tubuh terasa ringan kenapa ya doktor penyakit apakah itu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- rendah gula dalam darah
- darah merah rendah
- rendah tekanan darah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.