
muhamadaizad91
5 tahun
Badan terasa sejuk dan lesu
Hai doktor, sy nak tanya kesihatan sy dah hampir 1 minggu badan saya terasa kesejukan dan lesu. Saya tidak mengalami demam… Ubat refer klinik puas saya dah makan, tetapi tetap sama sakit nya datang. Tolong saya doktor… Saya tidak tahu status sakit sy alami.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kelesuan dan kesejukan yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit tiroid - hipotiroid (tiroid tidak aktif)
- Anemia - kurang sel darah merah
- Kencing manis - badan tidak dapat menggunakan gula secara efisyen
- Masalah tidur tidak cukup
- Keletihan pasca-demam virus
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.