rozianajamien6
6 tahun
Badan tidak bermaya sakit sendi
saya berumur 24 tahun sejak kebelakangan nie saya mengalami sakit kepala badan tidak bermaya serta kurang selera makan…semalam badan saya seram sejuk dan sakit sendi di tulang secara tiba2…tekak rasa nak muntah tapi tak muntah dan kerap mengalamai cirit birit.perlu ke saya ke klinik ?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Badan seram sejuk yang disampingi sakit sendi dan simtom anda yang lain ini secara umumnya boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit berikut:
- Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, campak, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis dan penyakit cacar air.
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit vasculitis
- Penyakit autoimun seperti systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD)
Bagi menjawab persoalan anda, kesemua penyakit yang ternyata di atas memerlukan rawatan yang berbeza-beza. Oleh itu, pemeriksaan dan ujian doktor amatlah penting supaya rawatan yang betul dan berkesan dapat diberikan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor. Terima Kasih.




































