
Anonymous
6 tahun
Badan tumbuh jerawat , menjadi merah serta gatal
Hai doktor saya berumur 21 tahun . Masalah saya , slepas mandi badan saya selalu menjadi merah serta gatal . Pelbagai jenis sabun saya sudah pakai tapi kesan tetap sama . Selain itu badan saya juga naik jerawat . Saya xtahu apa lagi patut saya buat . Kalau saya pergi ke klinik kulit agak² kos dy mahal tak ?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah gatal - gatal yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- acne vulgaris
- eczema
- rosacea
- folliculitis
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih