Sulit
2 tahun
Bagaimana cara hentikan suara dekat dalam hati. mesti ada ja bercakap walaupun saya tak bercakap sampai kdang rasa penat
dah banyak hari tak boleh tidur nyenyak, nak buat apa pun susah. nak solat pun susah asik dengar suara dalam hati. saya ketuk je kepala ni bila dengar benda bukan bukan walaupun saya tahu dari saya sndiri. pastu kadang terbau benda yg tak ada macam bau soya, bau getah, bau busuk dengan bau hangit. dah lama saya tahan, saya rasa stress sangat, macam mana saya nak hentikan semua ni
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kebimbangan dan kegelisahan anda tentang gejala suara dan bau yang sering mengganggu anda. Kami akan cuba membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda gejala kedengaran suara dan terhidu bau yang luar biasa boleh disebabkan oleh ganguan emosi dan halusinasi yang memerlukan pemeriksaan lebih lanjut. Gejala seperti ini, jika tidak dirawat atau dicegah, boleh menyebabkan kesan jangka panjang yang serius.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor agar pemeriksaan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut dan merujuk ke doktor pakar sekiranya perlu.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.