
Sulit
4 tahun
Bagaimana cara tukar pil perancang dan cara pengambilan
Assalamualikum , Salam sejahtera , sy nk bertanya . Sy mak kepada dua org anak . Sy skrg mkn pil perancang noriday sejak melahirkn anak no 2 . sekarang anak no 2 dah 6 bulan stgh . Dan sy plan nk makan pil yasmin . Bagaimana cara makan pil yasmin ye sb ada kata time hri pertama period … sy ni sejak mkn noriday mmg Tak period dh … jd mcm Mana cara mkn , bila sy perlu ambil … Dan mengganggu Tak penyusuan anak . Anak susu badan .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, menukar ubat perancang ialah mengambil ubat perancang jenama baru sejurus berhenti mengambil pil perancang yang lama. Jangan menjarakkan sebarang hari antara pil perancang tersebut.
Memberikan jarak waktu antara pek pil ketika menukar pil perancang dapat menurunkan kadar perlindungan daripada kehamilan.
Berkenaan dengan pil perancang baru yang anda merancang untuk ambil, sekiranya anda mengambil pil pertama pada hari pertama haid anda, anda tidak perlu gabungkan dengan penggunaan kondom untuk 7 hari kerana anda akan terlindung daripada kehamilan serta-merta. Sekiranya anda mengambil pil tersebut pada hari-hari lain setelah haid, anda harus menggunakan kondom untuk 7 hari. Hal ini kerana anda belum terlindung daripada kehamilan dalam waktu 7 hari ini sekiranya melakukan hubungan seks. Anda harus mengambil pil ini pada waktu yang sama( sebelum tidur merupakan waktu yang sesuai) setiap hari untuk memastikan keberkesanan pil ini.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Anda juga harus membaca maklumat yang disertakan dengan pek pil perancang tersebut untuk mengetahui info lebih lanjut tentang penggunaan pil ini. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.