
Sulit
5 tahun
Bagaimana cara untuk mengesan waktu keseburan wanita
Hello doktor, saya wanita berusia 24tahun… Selepas saya melahirkan anak saya yang no 2,period saya jadi tidak teratur… Jadi bagaimana untuk saya mengesan waktu subur saya ye?? Thank u doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, waktu kesuburan boleh dikenalpasti melalui:
- Kit pengesan kesuburan yang boleh didapati di farmasi
- aplikasi bagi mengetahui kitaran haid anda.
Namun, memandangkan kitaran haid anda tidak teratur. Anda perlu mendapatkan maklumat lanjut tentang gejala tersebut. Antara sebab haid tidak teratur ialah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.