
Anonymous
6 tahun
Bagaimana membuang dan mencegah ketuat pada kemaluan wanita secara semula jadi?
Bagaimana cara nak buang ketuat kelamin pada kemaluan wanita dan mencegahnya dari terjadi semula?

6 tahun
Salam sejahtera.
Ketuat merupakan salah satu ketumbuhan yang paling biasa di bahagian kelamin. Ketuat adalah disebabkan oleh jangkitan HPV atau human papilloma virus. HPV biasanya merebak melalui hubungan kelamin atau dari ibu ke anak semasa proses kelahiran. Ketuat biasanya tidak mendatangkan bahaya kepada pesakit tetapi jangkitan HPV kronik yang tidak dirawat boleh menyebabkan kanser pintu rahim atau cervical cancer.
Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk membuang ketuat. Ketuat yang kecil biasanya akan hilang dengan sendiri tanpa rawatan. Ubatan sapu ketuat merupakan salah satu cara yang paling popular untuk membuang ketuat dan ia boleh didapati dalam bentuk krim, gel, cecair atau pelekat berubat. Ubatan yang mengandungi salicylic acid adalah ubat yang paling popular untuk ketuat. Ubatan sapu harus digunakan setiap hari sehingga 12 minggu untuk membuang ketuat dengan berkesan. Ubat sapu ini tidak boleh digunakan pada bahagian muka.
Jika anda telah mengandung atau ingin mengandung, sesetengah ubatan sapu adalah tidak sesuai untuk digunakan kerana ia boleh mendatangkan kesan sampingan kepada anak anda. Jika ketuat adalah lebih besar atau banyak, maka cara lain seperti cryotherapy atau laser boleh digunakan untuk membuang ketuat.
Untuk mencegah ketuat, anda digalakkan untuk mengamalkan hubugan kelamin yang selamat. Pasangan anda digalakkan untuk menggunakan kondom. Hindarkan pergaulan bebas dan setia kepada pasangan anda. Elakkan dari berkongsi perkakas dengan orang yang mempunyai ketuat. Pakai kasut jika anda menggunakan bilik air awam.