
velyvia42
5 tahun
Bagaimana merancang dengan pil perancang
Saya baru berkawin 3 bulan . Saya dengan husband pjj , husband balik dalam sebulan 2 minggu sekali,dia tidak suka pakai kondom dan susah menahan pancut. Kami belum mahu ada anak lagi,sebab mahu kukuhkan kewangan dulu.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terdapat banyak cara untuk merancang keluarga. Sekiranya anda mahu merancang dengan pil perancang, anda boleh sahaja mendapatkan dari mana-mana farmasi atau pihak kami, dan mengikuti arahan yang ditulis dalam kotak ubat itu. Anda harus makan pil ini setiap hari dan sekiranya anda lupa, anda harus mengambil dua pil pada hari kedua. Jikalau anda lupa 2 hari, anda perlu mengambil 3 pil pada hari yang anda ingati dan meneruskan pek tersebut. Sekiranya anda lupa mengambil untuk 3 hari, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan cara perancangan yang lain seperti IUD, implan atau suntikan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.