
Sulit
2 tahun
Bagaimana nak kawal stress?
Hai Dr, saya berusia 28 tahun. Kebelakangan ini,saya hadapi stress kerja dengan sistem kerja yang tidak adil. Apabila stress datang, tangan saya akan menggeletar dan dada saya seperti nak pecah. Kepala juga sakit seperti migrain. Apa patut saya buat?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap tekanan yang anda hadapi. Untuk mengawal stress anda boleh lakukan langkah-langkah 10B yang berikut:
- bertenang
- bernafas dengan dalam
- berkata `rilakslah’/ tak mengapa
- beribadat
- bercakap dengan seseorang
- berurut
- berehat dan mendengar muzik
- beriadah
- bersenam
- berfikiran positif
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.