
Sulit
5 tahun
Bagaimana nak rawat celah paha melecet
Salam Saya berumur 24tahun Saya Ada masalh paha melecet Dah berapa Hari Saya Sakit tak selesa sangat nak berjalan Sakit.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kulit bergesel antara satu sama lain atau dengan pakaian
- Kulit terkena wap panas
- Selepas digaru dengan berulang kali
- Jangkitan kuman pada kulit
Oleh hal yang demikian, rawatan serta ubat bagi setiap punca adalah berbeza. Secara amnya, anda perlu untuk memastikan pakaian serta kulit yang melecet tersebut sentiasa bersih. Gunakan pakaian yang tidak ketat serta kurangkan mengaru pada kawasan yang melecet tersebut. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.