
Anonymous
6 tahun
Bagaimana nak tahu darah haid atau hamil
Hello doc, im syakie 22 y/o. Saya sudah berkahwin dan masih belajar. Oleh sebab terikat dgn belajar, so i shouldn’t pregnant yet tp since last 3 weeks sy dah sepatutnya period. Cuma yg sy xpasti is it pregnant or not sbb darah ada keluar cuma sikit sangat and just like a super liquid gel yg wrna merah gelap. Is it period or sign awl kehamilan? And if it is a pregnancy sign, what should I do to abort ? Thanks.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kemungkinan kehamilan sentiasa ada selepas habis haid tetapi lebih tinggi pada waktu ovulasi. Bagaimanapun pengesahan hanya dapat dibuat dengan pemeriksaan dengan doktor atau melalui kit kehamilan. Sebelum anda menjalani ujian kehamilan, anda mungkin dapat mengalami gejala awal. Antara tanda-tanda awal kehamilan termasuk:
- Tidak datang haid
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)/ mual
- Payudara yang sakit dan semakin membesar
- Kekejangan / keletihan
- Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi
- Perubahan emosi atau mood
- Mengidam pelbagai jenis makanan
- Keluar cecair atau keputihan daripada faraj
- Peningkatan berat badan
- Sakit kepala/ pening
Tanda-tanda awal ini mungkin berlainan untuk setiap wanita. Sesetengah wanita mungkin mengalami gejala yang berbeza untuk setiap kehamilan.
Untuk makluman pihak puan, kami tidak menyediakan perkhidmatan untuk keguguran. Anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami di link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami bagi mendapatkan nasihat lanjut. terima kasih.