
Sulit
5 tahun
Bagaimana saya nak tahu adakah saya perlu makan antibiotik
Saya berumur 18 thun. Harini hari ke4 tonsil saya bengkak. Adakah saya patut makan antibiotik atau tidak? Saya baca di Internet antibiotik boleh melegakan tapi saya takut nak makan tapi saya nak lega cepat.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala anda mungkin mengambil sedikit masa sebelum ianya betul-betul sembuh. Lebih-lebih lagi jika keradangan tonsil anda belum lagi sembuh.
Buat masa sekarang, saya nasihatkan untuk anda mengawasi dahulu gejala yang anda alami. Pengambilan antibiotik pula tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya dan memerlukan perskripsi doktor. Untuk mendapatkan perskripsi ink, doktor perku untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan keadaan tonsil. Jika ia kelihatan dijangkiti kuman, barulah antibiotik diberikan. Hal ini bagi mengelakkan masalah antibiotics resistance
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.