
Sulit
3 tahun
Bagaimana saya perlu rasa yakin diri dengan masalah insecure/anxiety/anxious?
Selamat sejahtera, saya perempuan berumur 20 tahun dan seorang pelajar. Saya ada 2 soalan.
Kenapa setiap kali saya rasa bersalah saya akan auto menangis/rasa sakit sendi/demam secara tiba-tiba. Saya dapat tahu masa saya umur 13 tahun.
Saya seorang Introvert, saya nak tahu bagaimana saya hendak terus kuat dengan masalah insecure/social anxiety/anxious dengan orang sekeliling dan masalah tangan shaking yang berlebihan. Contohnya saya hendak presentation dekat google meet tapi tangan saya shaking terlampau sehingga ada getaran pada suara walaupun saya tidak berhadapan dengan orang. Adakah getaran melampau saya ada kena mengena dengan sakit jantung berlubang yang saya hadap sejak kecil. Saya harap dok. boleh jelaskan masalah saya ini dan menjawab secepat yang mungkin.
Terima kasih

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang rasa takut, kesedihan dan tangan menggigil. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Stres berlebihan
- Kurang rehat
- Perubahan hormon
- Gementar (stage fright)
Namun gejala ini boleh berlaku disebabkan perkara yang lebih serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut oleh doktor seperti:
- Masalah kelenjar tiroid
- Anxiety
- Kemurungan
- Skizofrenia
- Bipolar disorder
Anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan pandangan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.