Sulit
5 tahun
Bagaimana seseorang itu boleh dijangkiti hsv
Saya lelaki berumur 31(belum berkahwin),sekarang ada jangkitan di bibir saya dan ada rasa bengkak di bawah dagu.doktor di klinik kata herpes 1.doktor kata jarang orang kena penyakit ni.persoalan saya,macammana saya boleh dijangkiti,sedangkan saya tak pernah melakukan seks dengan mana mana wanita atau lelaki.ringan2 pun tak pernah walaupun sekali.awek pun takdok.malang betul nasib saya.satu lagi,bolehkah saya menderma darah?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Hepes Simplex ini tidak dijangkiti melalui batuk atau selesema tetapi boleh melalui sentuhan pada lapisan mukosa yang telah terbuka seperti luka atau ulser di bibir.
Anda dinasihatkan untuk kurang menyentuh lapisan tersebut dan sentiasa membersihkan tangan serta elakkan bersentuh dengan orang lain samada dengan tangan atau bibir. Anda boleh menderma darah selepas selesai rawatan antiviral.
Sekiranya masalah ini masih berlanjutan, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.



































