
syiepahfyza1
5 tahun
Bagaimana terjadi dalam kencing ada darah?
Saya wanita berumur 31 tahun… Saya ingin mengetahui apa sebab2 dalam kencing ada darah dan dalam darah ada ketulan2? Saya baru buat checkup dengan hospital dan doc ckp dalam kencing saya ada darah dan dalam darah saya ada ketulan…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah kencing berdarah boleh disebabkan oleh;
- kecederaan pada saluran peranakan atau kencing
- jangkitan kuman pada saluran kencing
- masalah buah pinggang
- sindrom nefritik
- kecederaan buah pingggang kerana makanan seperti Jering
- kesan sampingan ubat ubatan
Ia juga boleh disebabkan kanser namun i jarang berlaku seperti
- kanser buah pinggang
- kanser pundi kencing
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih