
Sulit
5 tahun
Bagaimana untuk tahu paru2 sihat tanpa ke klinik?
doktor…betul ke info yang tular cara untuk mengetahui paru paru sihat adalah tarik nafas dalam2 tanpa batuk atau kejang bermakna paru2 itu sihat tanpa dijangkiti apa2 bakteria?..terima kasih doktorz

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, perkara tersebut tidak boleh dipercayai sepenuhnya. Untuk mengetahui samada paru-paru berpenyakit atau sebaliknya, pemeriksaan bersama doktor perlu dilaksanakan.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.