Sulit
5 tahun
Bagaimanakah supaya saya rancang dengan istri saya supaya nak semua anak lelaki?
assalammualaikum dan selamat sejahtera, saya ingin menanyakan bagaimanakah saya rancang bersama istri saya supaya setiap anak kami yang hamil adalah lelaki? adakah posisi dan kepekatan air mani adalah punca pertama untuk usah mendapat anak lelaki ketika bersetubuh? saya inginkan tips untuk mendapat anak lelaki. komen?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami keinginan anda untuk menimang anak lelaki. Akan tetapi, jantina anak anda tidak dapat dikawal dengan faktor luaran. Ianya bergantung dengan chromosome apa yang dibawa oleh sperma yang berjaya bercantum dengan telur isteri anda. Anda tidak dapat memilih sperma mana yang ankan bercantum dengan isteri.
Akan tetapi, sekiranya anda melakukan in vitro fertilization, anda boleh memilih jantina anak anda. Namun kaedah ini selalunya alternatif bagi pasangan yang tidak boleh mengandung.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.



































