
Sulit
4 tahun
Bahagian abdomen kanan terasa keras
Saya wanita umur 51,abdomen kanan bawah tulang dada saya terasa keras,tapak tangan dan mata ada sedikit kuning,doktor adakah liver saya bermasalah,badan saya amat letih malam juga susah tidur…adakah saya perlu buat health screening?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu terasa keras pada abdomen bahagian kanan. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- ketegangan pada otot abdomen
- hati ataupun limpa yang membesar atas sebab tertentu seperti jangkitan kuman, thalassemia dan sebagainya
- radang peritoneum
- pembesaran salur darah abdomen (abdominal aortic aneurysm)
- ketumbuhan dalam perut sama ada tidak bahaya (benign) ataupun kanser
- kehamilan
Memandangkan anda mengalami gejala kuning pada mata dan tapak tangan, saya sarankan anda untuk segera berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital berdekatan bagi pemeriksaan susulan. Walaupun gejala kuning mempunyai hubung kait dengan kesihatan hati, sukar saya menentukan diagnosis yang tetap tanpa pemeriksaan yang menyeluruh.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih