
Sulit
4 tahun
Bahagian abdomen rasa kram selepas period
saya nak tanya sya jenis period tak teratur,saya dah berkhawin 1 tahun lebih belum ada rezeki nk dpt anak… setiap kali ,period mesti darah period hnya 5 hari dan berketul… tapi 2 julai saya peroid tapi 4 hari shja, day 1 darah saya hnya setompok saja , day 2 pun sikit day 3 byk sebab sya byk berjalan, day 4 hanya sikit mcm day 2 dan tiada ketol2… … sptotnya kram perut dh hilang tpi sampai skrg msih ada dan breast sya mula nk sakit berdenyut … ada check upt tapi negatif…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 8 hari. Masalah kekejangan pada bahagian perut atau ari-ari boleh berpunca daripada kondisi berikut:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Perlu diketahui juga bahawa masalah ini boleh juga disebabkan oleh kondisi lain dalam badan seperti:
- Keradangan usus
- Keradangan appendiks
- Masalah otot atau tulang sekitar kawasan tersebut
- Jangkitan pundi kencing
Berkenaan dengan ujian kehamilan, anda boleh untuk mengulangi ujian ini dalam jangka masa 2 minggu untuk kepastian lanjut dan jika sakit ini berteruskan, anda hendaklah pergi ke mana-mana fasiliti kesihatan yang terdekat.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.