natashaabu11
6 tahun
Bahagian Abdomen sakit dan keras
Saya 20 perempuan belum berkahwin. Tak period 1/4/19-8/9/19. Dan saya pergi doktor check doktor kata saya stress dan “negatif” UPT test. Sekarang abdomen saya rasa sakit dan keras serta kentut kentut, dan rasa ingin membuang dan bila saya ddk kentut tu tk dpt keluar jadi dia masuk balik dlm badan saya. Adakah kentut tu yg membuat kan perut saya keras atau ada perkara lain?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan masalah haid tidak teratur atau lewat seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Mengenai perut yang sakit dan masalah sering kentut, ia mungkin berpunca daripada masalah sistem penghadaman anda atau pemakanan anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.






























