
Sulit
4 tahun
Bahagian bawah mata sakit
Hai, sya brumo 18 thun dan sbenarnya sya dh mengalami sakit bahgian eyebag mata sejak sya 16 tahun. Sya dh try pakai eyemo tpi tetap sakit apatah lagi apbila nk fokus dlm kls. Adakah sya rabun? And klau skit tu smpai bahagian cervical vertebrae… Sebab tu sya rasa letih dan lesu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, sakit di bawah mata boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Gigitan serangga
- alahan pada ubat-ubatan
- trauma
- jangkitan kuman orbital cellulitis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sekiranya masalah ini berlarutan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda .