
Sulit
3 tahun
Bahagian jantung tak selesa
Hi doc, saya student umur 17 tahun baru lepas 3 hari ambil vaksin (041021 / pfizer) then sekarang area jantung saya rasa tak selesa bila bergerak (tapi just rasa sikit sikit but still ganggu kerja harian saya) i dont wanna tell my parents as i got vaccine & my parents seems like they dont want to responsible if anything happen to me (my parents tak ambil vaxx lagi ) saya ada dengar if rasa sesak nafas after vaxx terus pergi hospital, but i dont know what should i do now
thankyou in advance doc <333

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kesan sampingan umum vaksin Covid termasuk:
- Sakit, bengkak di tempat suntikan
- Demam
- Menggigil (rasa sejuk)
- Sakit otot atau sendi
- Sakit kepala
- Kelesuan
- Batuk dan sakit tekak
- Loya dan muntah
Mungkinnya gejala anda adalah sebab sakit otot sekitar dada, kesakitan tersebut bertambah bila bergerak.
Gejala-gejala ini adalah akibat sistem imun tubuh anda berfungsi dan berkesan, ia akan menyembuh secara sendiri dalam jangka masa sekurangnya 1 minggu dan tidak menyebabkan sebarang komplikasi.
Sekiranya gejala anda jadi semakin teruk atau mengalami sesak nafas, anda perlulah menghubungi 999 ataupun merujuk kepada doktor anda dan menghubungi jabatan berkaitan CPRC dengan talian 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini