
Sulit
4 tahun
Bahagian kanan abdomen berbunyi seperti lapar
Saya lelaki berumur 20-an mendapati bahagian kanan abdomen berbunyi seperti perut tengah lapar tetapi ia berbunyi di bahagian kanan abdomen. Adakah saya mengalami penyakit usus ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan yang anda sedang alami. Untuk makluman anda, perut anda berbunyi adalah disebabkan oleh makanan, cecair pencernaan, air dan udara di dalam usus anda.
Terdapat beberapa faktor mengapa anda mengalami perut berbunyi:
- Pergerakan peristalsis usus yang terlalu active (hyperactive bowel) disebabkan oleh penggunaan julap (laxative), keracunan makanan, cirit-birit
- Hernia
- Penyakit radang usus (inflammatory bowel disease) seperti penyakit Crohn dan ulcerative colitis
- Kanser usus
- Pendarahan di dalam usus
Hindari sakit perut dari mengganggu aktiviti harian anda dengan penjagaan sistem
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am. Kami sarankan anda untuk membuat pemeriksaan bersama doktor supaya dapat mengetahui punca sebenar dan rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi secara atas talian bersama dengan doktor kami. Terima kasih.