
Anonymous
6 tahun
Bahagian kulit bawah kemaluan , timbul bisul kecil bernanah
saya lelaki, umur 32 tahun, belum brkahwin, minggu lepas sy perasan ada satu bisul kecil yg tumbuh pada kulit bhgian bwh kemaluan dan sekarang bernanah, dan keluar sikit sikit…sy pergi klinik kesihatan, doctor nasihatkn sy utk buat HIV test, tp resultnya lambat lagi…lagi sebulan…so ubat pun doctor tak kasi…i igt doktor akan kasi antibiotic atau any ubat sapu…tapi tidak…sy jadi buntu…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Doktor sarankan membuat ujian selanjutnya kerana dikhuatiri ianya penyakit merebak melalui gejala seksual. Anda disarankan untuk mengelakkan sebarang gejala seksual sebelum ianya pulih sepenuhnya.
Saya sarankan anda untuk mendapatkan nasihat dan ubat yang diperlukan segera ke pihak doktor berdaftar kami. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!