
firhdayu84
5 tahun
Bahagian lutut kiri berdenyut sakit
Saya wanita berumur 35 tahun. Mengalami sakit lutut yang serius sejak 2 bulan lalu. Boleh doktor beri penjelasan punca dan jenis sakit. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan masalah sakit lutut anda. Namun begitu, kami memerlukan penerangan dan maklumat lebih lanjut tentang latar belakang kesihatan anda dan gejala sakit lutut yang anda alami. Terdapat beberapa kemungkinan yang boleh berlaku, antaranya:
- Kecederaan pada mana-mana struktur lutut seperti koyakan pada tendon atau otot
- Radang sendi atau jangkitan pada sendi
- Kecederaan pada tulang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.