
sahidahdaud
5 tahun
Bahagian Lutut sakit
Hi doktor. Saya nak mintak pendapat. Bahagian lutut sakit sangat. Saya tak boleh bengkok kan kaki.contoh kalau saya cangkung ambil barang bila nak bangun balik betul2 sakit di kawasan lutut. Ape patut saya buat? Pergi urut atau bekam?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit lutut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- obesiti
- kekurangan zat besi dan kalsium
- aktiviti yang membebankan
- tidak cukup rehat
- rapuh/hakisan tulang terutamanya wanita
- radang sendi
Antara yang boleh anda lakukan untuk membantu mengatasi masalah ini adalah
- elakkan mengangkat berat yang berlebihan
- mengekalkan berat badan ideal
- amalkan pemakanan yang seimbang
- amalkan senaman dan fisioterapi
- pengambilan supplemen untuk menguatkan tulang seperti kalsium dan vitamin D
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.