
Sulit
3 tahun
Bahagian pinggang rasa berdenyut denyut
Sy wanita suri rumah berumur 31 tahun… pagi sy berasa sakit di bahagian pinggang terasa berdenyut denyut… kemudian ada juga rasa sakit belakang mgkin di bahagian belikat… selepas buka puasa sy minum air rebusan belalai gajah denyut itu berkurangan… besok nya sy puasa dlm 8 pagi tu sy masih berasa sikit denyut dan sakit blkg belikat terasa sampai ke bawah tengkok blkg… sakit apakah itu dan apa perlu sy buat ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit pinggang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Endometriosis - sel lapisan rahim tumbuh di tempat lain dan menyebabkan keradangan
- Fibroid dalam rahim - fibroid boleh berdarah dan membesar sehingga menekan pundi kencing
- Akibat batu karang di buah pinggang
- Sindrom menstruasi
- Masalah ovari seperti ovari terbelit
- Lower back pain akibat masalah tulang dan saraf yang timbul akibat jatuh dan sebagainya
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Masih gusar dengan masalah sakit pinggang anda? Dapatkan nasihat daripada pakar perubatan kami.