
Anonymous
2 tahun
Bahagian Rahim Masih sakit
Assalamualaikum. pada 12 hari yang lepas, saya mengalami keguguran. selepas 12 hari keguguran, sakit di bahagian rahim masih lagi tidak kurang. Apa yang menyebabkan bahagian rahim masih sakit even sudah 12 hari keguguran dan Boleh saya tahu cara untuk menghilang kan rasa sakit?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Anda berkemungkinan besar menghadapi keguguran tidak lengkap iaitu terdapat saki baki janin tertinggal dalam rahim anda. oleh itu anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut. Selain dari itu, terdapat juga sebab lain yang mempunyai kebarangkalian untuk unda mengalami simptom tersebut antaranya ialah:
- Fibroid dan polip dalam uterus
- Endometriosis
- Penyakit radang pelvis
- Kecederaan pada rahim
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih