Sulit

2 tahun

Bahagian rahim sakit dan seluruh kaki kanan kebas

Saya berusia 24 tahun. Saya ada sejarah jatuh terduduk 8/9 tahun lalu. Keesokkan hari, bahagian rahim saya rasa tidak selesa dan sakit. Saya berjumpa doc, scan dan diberitahu rahim saya ok. Saya pergi berurut dan katanya rahim saya terjatuh dan senget. Selepas kejadian, saya tidak boleh angkat berat langsung. Berkali juga sakit dan urut tanpa ada jatuh pun. 2 hari lepas, saya rasa sakit semula di bahagian bawah pusat, sebelah kiri. Walhal saya tiada angkat berat. Saya dah book utk berurut dgn bidan hari selesa minggu depan. Hari ini, saya pergi berjalan pagi naik bukit dan bahagian urat kemaluan sebelah bibir kanan rasa sakit dan berdenyut dan seluruh kaki kanan saya terasa kebas termasuk lutut. Sangat tidak selesa.

Kenapa ya doctor? Terima kasih Doktor atas masa dan penjelasan yang akan diberikan.

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.

Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda pernah mempunyai sejarah jatuh terduduk 8/9 tahun yang lalu dan tidak boleh mengangkat berat sejak itu. Kini, anda berasa sakit pada sebelah kanan bibir kemaluan dan menghadapi masalah kebas pada kaki kanan anda selepas mendaki bukit. Anda ingin mengetahui tentang penyebabnya. Saya akan cuba untuk memberi maklumat yang secukupnya

Untuk makluman anda, terdapat beberapa jenis penyakit yang boleh menyebabkan berlakunya simptom sakit perut di bahagian bawah pusat seperti yang telah anda nyatakan, antaranya adalah:

  1. Divertikulitis
  2. Penyakit Crohn
  3. Ketidakhadaman
  4. Penyakit hernia (angin pasang)
  5. penyakit batu karang

Penyakit diatas juga boleh menyebabkan simptom sakit pada sebelah kanan bibir kemaluan dan menghadapi masalah kebas pada kaki kanan bergantung kepada lokasi dimana berlakunya penyakit tersebut. Hal ini kerana, jika gangguan kesihatan adalah di kawasan tersebut, ia boleh mengganggu sistem saraf yang berada berhampiran.

Manakala faktor penyakit ginekologi yang boleh menyebabkan keadaan seperti diatas adalah:

  1. Kram Menstruasi
  2. Endometriosis
  3. Kista Ovarium
  4. Torsi Ovarium
  5. Kehamilan Ektopik
  6. Keradangan pelvik
  7. Trauma

Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan awal bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diingini.

Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar sakit puan kami secara atas talian. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

allef-vinicius-6ypOmTNK2FA-unsplash%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (10)