
Sulit
4 tahun
Bahagian zakar depan bengkak tetapi tidak sakit
Hi Doctor, suami saya tiba² bengkak di hadapan zakar nya… tetapi tidak ada sakit… sekarang dah 2 hari tapi masih bengkak depan nya dan geli semasa membuang air kecil. rasa gatal cuma sikit² je. dia malu hendak ke klinik. boleh doctor terangkan tak simptom ini berpunca sebab sakit/ allergic.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui keterangan anda di atas saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda terdapat pelbagai sebab untuk membuatkan kemaluan bengkak dan gatal. Antaranya ialah:
- jangkitan kulat (candidiasis)
- ketuat kemaluan
- psoriasis
- kudis buta (scabies)
- ruam kulit
- penyakit ekzema
- penyakit herpes
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Namun begitu ini hanyalah keterangan am dalam hal ini, saya nasihatkan untuk suami anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat. Anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah