
Sulit
5 tahun
Bahaya tak selalu membuang ketika hamil
Sekarang usia kandungan 5minggu,anak pertama. Normal ke kalau selalu membuang air besar? Atau bahayakan kandungan?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, mengandung dan membuang air besar dengan meneran boleh meningkatkan tekanan dalam perut dan organ sekitar abdomen. Untuk jangka masa yang panjang, masalah seperti kerap sembelit dan ibu yang mengalami proses melahirkan anak secara normal dengan banyak (multipara) akan meningkatkan risiko untuk mendapatkan masalah angin pasang (hernia), rectal/ vaginal prolaps dan sebagainya. Adalah penting untung mengetahui dimana pengambilan serat dan air yang banyak boleh memudahkan proses pembuangan air besar. Tiada kajian ilmiah mendapati kerap buang air besar boleh memudaratkan kandungan. Malah, kekerapan buang air besar ketika hamil boleh disebabkan oleh hormon ibu mengandung tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.