
Sulit
5 tahun
Bahayakah jika mengambil tramadol setiap hari
Saya wanita 30an. Saya mengambil tramadol setiap hari malam sebelum tidur untuk elakkab saya sakit belakang selepas bangun tidur. Adakah selamat saya mengambil ubat ini seperti ini untuk jangka masa panjang? Saya pernah cuba untuk tidak mengambilnya untuk 1 malam tetapi belakang saya teramat sakit selepas bangun pagi. Untuk pengetahuan doktor saya mengalami masalah skoliosis kerana itu belakang saya amat sakit selepas bangun tidur.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, antara kesan sampingan jangka masa panjang untuk ubat tramadol ialah:
- Gatal kulit
- Keresahan
- Masalah sembelit
- Cirit-birit
- Halusinasi
- Loya
- Muntah-muntah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.