Sulit
3 tahun
Bahu hingga tangan kebas dan tidak selesa
sy berumur 35 thn…perokok…sakit tekak seperti ada sesuatu dikerongkong serta rasa perit panas ditekak…bahu hingga tangan rasa kebas dan xselesa…mnta pencerahan doc
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kebas tangan.
Untuk makluman anda, masalah kebas tangan boleh berpunca daripada perkara berikut:
- kecederaan pada brachial plexus
- carpal tunnel sydrome
- kekurangan vitamin b12
- diabetic neuropathy
- ganglion cyst
- strok
- penyakit autoimun
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami gejala seperti:
- Kebas yang berpanjangan
- Loya dan muntah
- Sakit dada
- Sakit tangan
- Hilang/gugur bulu di bahagian tangan
- Kekejangan
- Badan tidak boleh seimbang
- Penat dan lesu
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah kebas.
Saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor sekiranya gejala ini berpanjangan dan mengganggu aktiviti harian anda.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.