
Sulit
4 tahun
Bahu tinggi selepas dislokasi
Saya berundur 18 saya mengalami bahu dislokasi pada bahu kiri sebelum itu saya mempunyai patah tulang clavicle kiri dan juga saya dislokasi kiri tetapi kejadian patah clavicle pada 2017 dan selepas itu pada tahun ni saya dislokasi bahu dan bahu saya keadaan tinggi selepas dislokasi kenapa ya doktor sedangkan saya lepas patah clavicle tiada tinggi dan terjadinya dislokasi terus jadi tinggi

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kami perlu untuk melihat paras bahu, keadaan am, warna kulit serta pemeriksaan lanjut sebelum memberikan kata putus tentang keadaan bahu anda samada ia normal atau sebaliknya. Hal ini kerana, apabila dislokasi berlaku dan telah dimasukkan kembali, seharusnya ia kembali pada rupa asal.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.