
amiraaisyah333
4 tahun
Bakal tunang saya Ketagihan Air Ketum dan Sukara Untuk Berhenti
Bakal tunang saya Ketagihan air ketum… Dia sekarang berumur 20tahun…dia telah mula menambil ketum sejak berumur 16 tahun… Skrg dia ingin berkahwin dan berhenti namu dia tidak boleh… Hnya berhenti minum selama 3 4 haru tetapi ketika hari ketiga pun sakit sangat…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Untuk pengetahuan pihak anda, pengambilan air ketum ini memberikan banyak kesan sampingan. Antaranya:
- personaliti lebih agresif
- keradangan usus
- mati pucuk
- mual/loya
Terdapat beberapa kesan sampingan yang boleh menjejaskan rumah tangga. Maka, saya sarankan anda menasihati tunang anda berhenti mengambilnya buat selama-lamanya.
Bagi mengelakkan kesan sampingan untuk berhenti mengambilnya, rawatan terapi bersama doktor diperlukan kerana tiada alternatif ubat ubatan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih