
Sulit
5 tahun
Banyak Biji keluar air bisa dan luka lambat sembuh
banyak biji macam cikenpop di bahagian kaki dan area pergelangan tangan , bila dipecahkan keluar air bisa , seterusnya luka saya lambat sembuh dan sudah hampir masuk 1 bulan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan adalah sangat terhad dan pemeriksaan juga perlu dilakukan bagi mengenalpasti punca masalah ini. Pada umumnya, masalah yang anda alami boleh disebabkan seperti cacar air (chicken pox), gigitan serangga, penyakit tangan, mulut dan kaki atau dermatitis alahan. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.